fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.544)

VIDEO HARI INI: Ini salah satu video yang sebenarnya tidak dapat dijelaskan dengan perkataan — rakyat Jepun kadangkala sifat peliknya sampai langit ketujuh. Berus gigi dan senapang, hmm.

Filem komedi romantik terbaru lakonan Camerion Diaz, Leslie Mann dan menampilkan Kate Upton, The Other Woman berjaya mengenepikan filem sekuel Captain America sebagai filem terlaris selepas mencatatkan kutipan US$24.7 juta hujung minggu lalu. – Huff. Post

REVIEW: The Other Woman, Pakatan Tiga Wanita Demi Dendamkan Seorang Lelaki

Drama hujung minggu di saluran televisyen SBS, Angel Eyes yang menampilan bintang utama Goo Hye Sun berjaya mencatat jumlah tontonan sebanyak 10.8% dan merupakan kadar tontonan tertinggi sejak ditayangkan beberapa minggu lalu. – Soompi

Pihak Warner Bros. hari ini telah mengesahkan yang mereka telah memilih Zack Snyder untuk mengarahkan filem gabungan superhero Justice League yang mana dijangka Henry Cavill dan Ben Affleck akan turut sama membawa watak Superman & Batman. – THR

Berdozen video tentang sejarah Tanah Melayu boleh anda tonton di Youtube sekarang ini selepas lebih 85,000 arkib berita video oleh British Pathé dimuat naik dan boleh ditonton oleh semua. Elok juga belajar sejarah negara sendiri, untuk pengajaran kata orang orang tua.- The Star

Tidak cukup dengan Leornado DiCaprio sebagai kekasih, model Toni Garrn dilihat mengambil gambar enam jejaka dalam keadaan berbogel ketika menjayakan satu sesi fotografi di tepi baru baru ini. Ianya sekadar gurauan manjda, heh. – Us Magazine