fbpx

The Other Woman: Tiga Wanita Bersatu Demi Dendam Lelaki

The Other Woman (2014) yang bakal ke pawagam Malaysia pada 1 May ini membariskan nama besar dalam dunia perfileman Hollywood iaitu Cameron Diaz & Leslie Mann dan juga model seksi terkenal, Kate Upton — dan gandingan mereka tidak begitu mengecewakan.

Konsep filem ini cukup mudah — konspirasi nakal seorang isteri (lakonan Leslie Mann) bersama dua orang skandal suaminya lakonan Cameron Diaz & Kate Upton yang ingin membalas dendam terhadap lelaki itu yang kini mempunyai skandal ketiga.

Filem ini cukup ringan untuk tontonan semua terima kasih kepada chemistry yang boleh dirasai antara Camron Diaz & Leslie Mann dan dengan filem berformula feminis sebegini, tidak banyak sebenarnya yang boleh kita harapkan. Heh.

o-THE-OTHER-WOMAN-facebook

Kisah bermula dengan watak lakona Cameron Diaz, Carly seorang peguam di kota Manhattan yang suka mengejar lelaki namun satu perasaan luar biasa timbul apabila bertemu dengan suami kepada Kate (Leslie Mann) bernama Mark King yang dilakonan oleh Nikolaj Coster-Waldau (Game of Thrones). Satu hari, Carly telah pergi ke rumah lelaki idaman ini berpakaian penuh menggoda namun beliau disambut oleh isterinya pula.

Kate yang pada mulanya tidak tahu apa apa tentang aktiviti suaminya di luar mula mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dan beliau pergi ke pejabat Carly (di mana anda akan nampak kemunculan Nicki Minaj sebagai pembantu peribadi) — bukan untuk menyerang, tetapi untuk berbicara hati ke hati seperti seorang rakan baik. Like what?

The-other-Woman-movie-review-Image-7

Dan bermulalah persahabatan dua wanita ini yang banyak berbicara tentang permasalahan hubungan dengan lelaki sebelum mereka berdua keluar minum bersama & kita boleh lihat Leslie Mann kekal cemerlang dalam watak mabuk seperti dalam filem The 40-Year-Old Virgin.

Kate Upton yang kemudian menyertai pakatan ini kami rasa hanya muncul sebagai pencuci mata dan sebenarnya tidak banyak memberikan karisma kepada gandingan mereka bertiga. Masih, kami suka dengan adanya model popular ini. Heh.

THE OTHER WOMAN

Hendak tahu apa sebenarnya konflik yang cuba dikejar oleh tiga orang wanita ini terhadap seorang lelaki yang mereka sama sama gilakan, haruslah anda menonton filem ini di pawagam kelak, bermula Khamis ini untuk tayangan di seluruh Malaysia.

Peminat yang mengharapkan komedi dan kelakar tahap runtuh bumbung mungkin akan sedikit kecewa namun ianya sebuah filem yang selamat untuk ditonton bersama kekasih atau kawan kawan — masih banyak babak kelakar cukup untuk tidak membuatkan anda bosan.

Kami berikan 3 BIJI ROTIKAYA!