fbpx

Hargai Pekerja, Tya Arifin & Asyraf Khalid Hadiahkan Kereta Mewah

Lebih dua tahun menjalankan perniagaan jamu Mutyara Beauty, ahli perniagaan Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin berkongsi kejayaan dengan menghadiahkan kereta mereka kepada dua pekerja mereka.

Menurut Asyraf, dia meluahkan rasa syukur kerana doanya dimakbulkan apabila dikurniakan kakitangan yang berdedikasi dan komited dalam menjayakan perniagaan itu.

BACA: Anak Datuk K Dedah Pernah Susah, Duit Tinggal RM10

“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama-sama teruskan empayar ini.

“Melihat dedikasi staf sebegini khususnya ia menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Kami tidak sendirian mengukuhkan perniagaan ini, sebaliknya kini 20 staf baru direkrut sejak Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah dulu kami hanya ada dua ke tiga orang staf saja. Kini ia bercambah seiring dengan peredaran masa,” katanya.

Asyraf berkata lagi, dia dan isteri menghadiahkan kereta jenama Volkswagen pada dua orang kakitangannya berikutan prestasi serta dedikasi kerja mereka.

Dalam pada itu, Asyraf berkongsikan pengalamannya menempuh kesukaran dan kegagalan sebelum mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburinya kini.

“Saya pernah menceburi perniagaan lain sebelum ni. Ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri,” katanya.