Jika sudah namanya selebriti, sekecil-kecil perkara pun orang ingin ambil tahu. Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila telah berkongsikan gambar susu formula dengan niat untuk bertanyakan kepada netizen lokasi untuk mendapatkannya.

BACA: Sharnaaz Ahmad, Nabila Selamat Timang Cahaya Mata



Penyudahnya, Nabila berjaya mendapatkan bekalan susu tersebut (terus beli sekali 5 tin) namun bagi sesetengah netizen, perkara tersebut menjadi perbalahan pula kerana terdapat perbezaan pendapat.



Perkara tersebut yang kemudiannya dikongsikan di laman Twitter membuatkan ramai memberi tanggapan berbeza di atas perkongsian Nabila tersebut. Selain ada menyifatkan bahawa susu formula adalah sampah, ada juga yang berbangga kerana tidak perlu berhabis duit kerana mereka menyusukan badan.

Maklumlah di laman sosial ini, semua orang mahu merasakan diri mereka lebih bagus daripada orang lain tanpa memahami satu-satu situasi dengan lebih mendalam. Padahal, perkongsian Nabila hanyalah untuk mendapatkan bekalan secukupnya untuk anak tersayang.

Sekian saja laporan mengenai susu formula anak Sharnaaz Ahmad. Apa yang pasti, ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak. Janganlah kita sibuk sangat mahu menilai orang’bukan? Okay sekarang boleh sambung baca gosip lain pula, contohnya macam Hafiz Hamidun diburu individu misteri ini. (rtky/s)

Watsons Malaysia kini sedang mengadakan Watsons Buy-Buy Year End Sale dengan potongan harga barangan sehingga 50% di seluruh Malaysia. Ahli kad Watsons juga akan menerima HADIAH PERCUMA edisi terhad.

Ayuh serbu cawangan Watsons seluruh Malaysia untuk belanja keperluan diri untuk tahun baru!

Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.