fbpx

Sharnaaz Ahmad, Nabila Selamat Timang Cahaya Mata

Tahniah kepada Sharnaaz Ahmad dan juga isterinya, Noor Nabila kerana telah selamat menimang cahaya mata. Perkara tersebut dikongsikan oleh Neloofa di Insta Story dengan ayat – Baby J is out. Alhamdulillah and congrats sis @noornabila.

BACA: “Tandas BN Tak Boleh Lalu?”- Sharnaaz Hentam Dira

Insta Stories yang kemudiannya dikongsikan di laman Instagram rasmi Meletop itu turut mendapat ucapan tahniah tidak henti-henti buat pasangan berkenaan. Bagaimanapun, sehingga kini tidak diketahui sama ada anak pertama Sharnaaz dan Nabila adalah lelaki atau pun perempuan.

Lebih manis lagi, hari ini, 30 Ogos juga merupakan hari kelahiran pelakon lelaki berkenaan. Bermakna sungguh hadiah hari lahir Sharnaaz pada tahun ini.