fbpx

Hafiz Hamidun Jadi ‘Buruan’ Peminat Taksub K-Pop?

Baru-baru ini di laman Twitter ada juga kecoh mengenai seorang individu yang kelihatan sungguh taksub dengan K-Pop sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan mengenai Nabi Isa dengan selebriti Korea pujaannya. Tidak terhenti di situ, baru-baru ini Hafiz Hamidun turut berkongsikan bahawa dia telah menjadi buruan individu yang tidak dikenalinya. Rupa-rupanya peminat K-Pop dan juga individu yang mencari Hafiz ialah orang yang sama.

BACA: Alami Tekanan Mental, Hafiz Hamidun Jumpa Pakar Jiwa

Melalui perkongsian penyanyi nasyid berkenaan, individu berkenaan telah datang ke pejabatnya namun tidak dapat berjumpa dengan Hafiz namun sempat meninggalkan nombor telefon. Selain itu Hafiz turut berkongsikan beberapa perbualan pengurusnya bersama bersama individu berkenaan melalui Whatsapp.

Perkara tersebut ternyata menimbulkan persoalan di kalangan netizen malah ada juga yang berharap individu berkenaan segera mendapat bantuan sewajarnya. Tambahan pula, melalui tweet individu itu sendiri, dia telah lari dari rumah pada 13 November lalu – hari yang sama mesej dihantar ke pengurus Hafiz.

Bagaimanapun, dalam tweet terbaru Hafiz di laman sosial tersebut, dia sudah pun memadam segala perkara berkaitan dengan individu berkenaan di atas permintaan keluarga selain turut berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan segera. (rtky/s)