Hanya 40 Pekerja Diperlukan, Shuib Sedih Ratusan Calon Datang Temuduga
Perusahaan minuman Bubble Bee miliknya semakin berkembang maju, baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu mengadakan temu duga untuk mengisi kekosongan jawatan di dua cawangan terbaru di Kelantan.
Namun, Shuib akui terkejut melihat lebih 100 orang menghadiri temu duga berkenaan kerana hanya 40 pekerja diperlukan bagi dua cawangan itu.
BACA: Mahu Berehat Dari Dunia Seni, Shuib ‘Lepaskan’ Sepahtu
View this post on Instagram
“Beratus yang datang dari setiap pelusuk Kelantan. Sedihnya rasa macam nak ambil kerja semua yang datang, tapi kekosongan buat masa ini hanya 40 lebih sahaja.
“Semoga ada rezeki mereka dan terus tabah dengan keadaan sekarang. Insya-Allah, Allah maha besar, rezeki di mana-mana. Terima kasih sudi datang untuk sesi temu duga.
“Maaf jika ada kekurangan. Doakan kami dapat buka banyak lagi cawangan di Kelantan supaya banyak lagi peluang pekerjaan dapat diberikan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shuib berkata situasi tersebut memberi gambaran yang mana penularan wabak Covid-19 memberi impak besar dalam kehidupan masyarakat.
“Insya-Allah selepas ini setiap minggu akan buka cawangan baru. Doakan usaha saya ini dipermudahkan sekali gus dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Aku tak sanggup kerje dnegan mamat ni, tak tahu duit tu datang dari mana mungkin dari sumber haram i.e. macau scam..gaji yg dapat tu halal ke? boleh ke buat makan minum untuk anak bini?
Normal la kalau yang dtg interview 3 kali ganda kuantitinya dari yg nk diambil. Kalau government n company private yang lain, mau 10 kali ganda. Nak ambik 2 org je, yg interview 20 org. Kena byk calon dan pilihan, br blh memilih. Klu ckit calon, xde pilihan namanya
inteview konon. kedau jual air manis kasi potong kaki je pun. sumber da campur2 dari macau scam. was2 tul. tealive ngan chattime relek je. xdela secepat mamat ni bukak pun x sampai setahun da tambah2 cawangan…ye tidak duit tu dari mana ekk….jangan la terlibat ngan dorg ni.. melayu nak cepat kaya makan duit haram ada hati nak tolong orang lain..dok bagi sumber haram.apo nak jadi woiii
Shuib itaewon class