fbpx

Mahu Berehat Dari Dunia Seni, Shuib ‘Lepaskan’ Sepahtu

Selepas mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Hot FM, terbaru pelawak dan penyampai radio, Shuib memaklumkan mahu berehat seketika daripada dunia seni termasuk penglibatannya dalam kumpulan Sepahtu.

Menafikan keputusann itu dibuat susulan kontroversinya sebelum, Shuib berkata dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peniagaannya yang semakin berkembang maju.

BACA: Dua Tahun Jadi Penyampai, Shuib Umum Tinggalkan Hot FM

“Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali.

“Keputusan yang saya buat bukan disebabkan kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.

Bakal bersiaran buat kali terakhir di Hot FM pada Jumaat ini, Shuib berkata agar sukar untuk meninggalkan kerja sebagai penyampai namun terpaksa membuat keputusan tersebut.

“Sukat sebenarnya untuk saya lepaskan kerja di sini tapi ia agak susah untuk saya fokus pada bisnes pula. Sebab kerja penyampai segmen pagi, seawal 4 pagi dah bangun dan kadang-kala sampai petang masih berada di stesen radio.

“Bila saya buat pengumuman nak berhenti, baru saya tahu ramai juga yang suka dengar coloteh saya di Hot FM,” katanya.