fbpx

Hans Isaac Nafi Sudah Peluk Islam, Masih Kristian

Tidak mahu wujud kekeliruan berterusan di sosial media, pelakon Hans Isaac menjelaskan bahawa dia kini masih lagi beragama Kristian dan menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa dia kini telah memeluk Islam.

BACA: Hans Isaac Sedia Berkahwin & Sedang Kenal Seseorang

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam. Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik)”

“Saya sedang sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini,” jelasnya kepada Harian Metro. Kenyataan Hans juga sekaligus menepis dakwaan sebuah portal hiburan mengenai perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, sebelum ini Hans Isaac pernah menyatakan bahawa dia kini sudah bersedia untuk berkahwin dan dalam masa yang sama sedang mengenali seseorang namun enggan berkongsi siapakah wanita bertuah tersebut. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Utusan Malaysia