Menghitung hari bakal bergelar isteri tidak berapa lama lagi, Hanez Suraya kini nampaknya sangat giat melakukan persiapan perkahwinan beliau bersama Romie yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac 2015 ini di kediaman keluarganya di Seremban.

Bercakap kepada Mangga Online Hanez Suraya mengakui yang persiapan kini sudah hampir 80% siap dimana baki persiapan banyak berkisar kepada persalinan ahli keluarga yang bakal hadir memeriahkan majlis pernikahan dan resepsi nanti.

BACA: Hanez Suraya, Romie Percepatkan Tarikh Nikah Ke 14 Mac Ini

Bercakap tentang ahli keluarga, Hanez Suraya turut berkata yang hubungan beliau dan anak anak Romie sangat rapat dan tidak sesekali menganggap mereka sebagai anak tiri.

“Penerimaan anak-anak Romie alhamdulillah. Kita memang rapat. Hanez anggap diorang sudah macam anak Hanez sendiri. Tak ada nak rasa dia tu anak tiri, tak ada nak mengasingkan antara kita. Dari awal berkawan dengan Romie, Hanez dan anak-anak dia memang dah rapat”

Dalam temubual di atas juga Hanez Suraya banyak berterima kasih kepada para peminat yang menyokong beliau selama ini lebih lebih ketika zaman kejatuhan dan kontroversi sebelum ini. Anda boleh tonton video penuh di atas ihsan Mangga Online. (rtky/m)