fbpx

Hanez Suraya Serik Percaya Orang, Teruskan Saman

Pelakon yang kini duta kepada Aura White Beauty, Hanez Suraya ketika ditemui semalam telah memberitahu bahawa dia sudah serik untuk mempercayai orang disebabkan kes kontroversinya bersama bekas pengurus peribadi yang kini kesnya masih berjalan.

“Tidak berani untuk saya mengulas lebih lanjut mengenai kes ini, tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa kes ini masih sedang berjalan dan kita akan mempunyai tarikh untuk sebulan kes ini”

“Apa yang saya selalu fikir sekarang ini, ialah betapa susahnya saya untuk percayakan orang disebabkan pengalaman yang lepas banyak memberikan pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah untuk mempercayai seseorang itu,” katanya.

BACA: Hanez Suraya Memfailkan Saman Terhadap Bekas Pembantu Peribadi

Hanez turut menjelaskan bahawa pihak di sebelah sana tidak memberikan kerjasama yang baik dalam memudahkan perjalanan kes ini dan Hanez sendiri juga tidak mempunyai masalah untuk berdamai dengan menyelesaikan kes ini secara aman di luar mahkamah.

“Sekiranya kita hendak melakukan sesuatu untuk menyelesaikan kes ini, pihak sebelah sana pula yang tidak dapat memberikan kerjasama dan ini menyebabkan keadaan semakin sukar”

“Sebenarnya kita memang hendak menyelesaikan kes ini di luar mahkamah tetapi agak sukar untuk saya berhubung dengannya dan saya rasa tindakan ini adalah sewajarnya. Selagi kes ini belum diselesaikan saya agak stress tetapi apakan saya apabila orang yang sepatutnya memberikan kerjasama dia tidak mahu,” ujarnya.

Hanez Suraya turut menjelaskan bahawa sesetengah orang mendakwa dia tidak membayar gaji kepada pekerjanya itu dan turut menafikan persepsi masyarakat kononnya dia masih dilabelkan sebagai gadis liar sehingga hari ini.

“Macam inilah, sekiranya saya tidak membayar gajinya bagaimana dia boleh pergi melancong sehingga ke luar negara & cukuplah saya bercerita tentang itu kerana saya tidak mahu bercerita lanjut kerana kita boleh berfikir sendiri. Biarlah dia bercerita buruk tentang saya, kerana saya sendiri tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kita tunggu dan lihat sahaja kebenaran itu.”

“Statement gadis liar rasanya dahulu telah diperkatakan dan dilabelkan dengan diri saya, tetapi ingin saya katakan di sini saya tidak liar seperti yang kerana sudah lama perkara tersebut sudah saya padam dan kini saya telah berubah dan Alhamdulillah telah berada di landasan yang betul dan satu persatu kejayaan yang saya rangkul”, ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)