fbpx

Hanez Suraya Saman Bekas Pembantu Peribadi

Pelakon drama bersiri Love You Mr. Arrogant, Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan memfitnah.

“Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah & mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun DashaSultan dan Twitter menerusi akaun Dasha_Sultan

“Selain itu, dia juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah saya,” jelas Hanez Suraya yang pernah menghantar surat tuntutan maaf terhadap individu itu sebelum ini.

“Mohd Fairus ada berjumpa saya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf kepada saya — selepas itu, saya ingatkan perkara ini telah selesai & tiada lagi perkara berbangkit, namun begitu tanggapan saya ternyata salah. Dia masih memfitnah dan mengaibkan saya seperti biasa”

Hanez Suraya juga berkata tujuan beliau memberikan kenyataan kepada media sekarang ini adalah untuk Mohd Fairus mengambil perkara ini secara lebih serius selepas bekas pembantu peribadinya itu atau wakilnya tidak hadir ke mahkamah semalam. (rtky/m)