fbpx

Masih Mahu Berlakon, Hanez Suraya Nafi Sudah Bersara

Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, Hanez Suraya mengakui dia memperlahankan karier seni kerana ingin memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga selain menghormati keputusan suaminya.

BACA: Sedang Hamil, Hanez Suraya Alami Alahan Teruk

“Selepas berkahwin, anak dan suami jadi keutamaan saya. Saya juga menghormati permintaan suami yang meminta memperlahankan aktiviti seni. Namun, cinta saya terhadap bidang lakonan tidak pernah berkurang”

“Ada tawaran berlakon sebelum menunaikan umrah, tetapi terpaksa saya tolak kerana mahu fokus ibadah dan suami. Insya-Allah andai ada tawaran selepas ini saya akan terima. Selain berlakon, saya merancang menceburi bidang perniagaan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Hanez lagi, ketika ini, bukan sahaja dia dan suami turut tidak sabar untuk menimang cahaya mata malah perkara tersebut turut dikongsikan bersama dengan dua lagi anak tirinya, Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqarl Shah.

“Alhamdulillah, usia kandungan sudah mencecah 3 bulan dan berada dalam keadaan baik. Seperti wanita hamil lain, saya mengidam nak makan sesuatu, tetapi cari sendiri dan mengalami masalah alahan bau wangian serta masakan. Malah, saya terpaksa sorok semua minyak wangi di rumah,” katanya. (rtky/s)