Awal Mei lalu, pelakon ini sendiri mengesahkan bahawa dirinya telah hamil dan kini melalui gambar yang dimuatnaik di Instagram, Hanez Suraya bagaikan memberi bayangan bahawa dia kini sedang mengalami alahan teruk.

BACA: Hanez Suraya Kini Hamil?


Sedang Hamil, Hanez Suraya Alami Alahan Teruk - ROTIKAYA_in text

Di ruangan komen gambar Instagram itu juga ramai peminat yang memberikan tips dan juga sokongan moral kepada Hanez dalam menjalani kehamilan anak pertama. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pelakon ini mampu menghadapi dugaan ketika mengandung.

Apa pun, semoga Hanez kuat dalam menghadapi sebarang alahan dan juga dugaan ketika mengandung. Sokongan daripada peminat juga kami lihat tidak henti-henti diberikan kepada pelakon ini. Pasi ramai yang tidak sabar menantikan bayi pertama pasangan ini nanti. (rtky/s)