fbpx

Hafiz Suip Hadapi Masalah Tulang Belakang

Gara-gara kerana terlalu lincah bermain futsal baru-baru ini, Hafiz Suip kini telah dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya kerana masalah sakit tulang belakang (slipped disc) sejak empat hari lalu.

BACA: Hafiz Suip Umum Bertunang 27 Februari

Menurut Hafiz, doktor menyarankan beliau untuk berehat selama seminggu sebelum meneruskan segala aktiviti termasuk kerjaya seninya.

“Hal ini terjadi ketika saya bermain futsal baru-baru ini. Saya banyak buat aktiviti berat dan lincah juga. Doakan saya cepat sembuh,” katanya ringkas yang kali terakhir terbabit di arena seni menerusi program Mentor Legend di TV3.

Hafiz juga dijangka melangsungkan pertunangan pada 27 Februari ini di Hotel Pullman, Kuching dengan gadis yang dikenali sebagai Effy.

Kami yakin ramai peminat Hafiz di luar sana sentiasa mendoakan agar Hafiz cepat sembuh sekali gus dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Lain kali main futsal berhati-hati ya Hafiz. (rtky/syfq)