fbpx

Hafiz Suip Umum Bertunang 27 Februari Selepas Dua Tahun Bercinta

Penyanyi popular, Hafiz Suip hari ini mengumumkan yang beliau bakal mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya seorang gadis bernama Effy pada 27 Februari ini selepas dua tahun jalinkan hubungan cinta dan saling mengenali.

“Sebenarnya 21 Disember lalu saya telah menghantar rombongan merisik ke rumahnya. Jika tidak ada apa-apa halangan, kami bertunang Februari ini di mana ia dijalankan sempena sambutan hari lahir saya,” ujarnya kepada Sinar Harian hari ini.

BACA: Hafiz Suip Akui Pergi Bercuti Dengan Kekasih, Nikah Jika Sampai Jodoh

Beliau turut menambah yang majlis pertunangan mereka akan mengambil tempat di Hotel Pullman, Kuching dan akan mengambil masa setahun untuk persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan selain menunggu kekasihnya tamat pengajian.

“Kalau ikutkan hati saya sendiri tidak mahu bertunang lama-lama. Tapi saya hormati dia dan pada masa yang sama mahi beri ruang kepadanya. Kalau semuanya berjalan lancar, kami akan bernikah selepas setahun,” tambahnya lagi. Tahniah buat pasangan ini! (rtky/m)