fbpx

Hafiz Hamidun Selamat Jalani Pembedahan Paru-Paru

Selepas mengalami demam kerap baru-baru ini, Hafiz Hamidun terpaksa dimasukan ke hospital akibat penyakit pneumonia dan menjalani pembedahan bagi membuang air didalam paru-parunya. Dan menerusi akaun instagramnya, Hafiz turut berkongsi kegembiraan beliau apabila dirinya telah selamat menjalani pembedahan tersebut.

BACA: Buku Selfie Hafiz Hamidun Sudah Terjual 10,000 Naskhah

Screen Shot 2016-06-11 at 6.13.13 AM

Melalui perkongsian itu, beliau turut berterima kasih kepada peminatnya yang tidak putus mendoakan kesejahteraan beliau ketika menjalani pembedahan yang dijalaninya semalam. Pada masa yang sama, peminat rata-rata turut memberikan ucapan serta mendoakan penyanyi kesayangan mereka itu supaya cepat sembuh.

Terdahulu, menerusi Berita Harian Online semalam, Haifz dimaklumkan dimasukkan ke sebuah hospital Ahad lalu selepas beliau mengalami demam yang kerap sejak awal Jun lalu. Beliau dimasukkan ke wad selepas bacaan platelet darahnya mencatatkan penurunan sedangkan suhu badan beliau masih dalam keadaan panas.

Sementara itu, Hafiz ada berkongsi bagaimana beliau mendapat penyakit itu dimana, baru-baru ini beliau ada bercuti ke Afrika Selatan, ketika disana saya hanya memakai jaket biasa serta ambil mudah tentang pemgambilan makanan walaupun pada masa itu cuaca disana sangat sejuk ditambah dengan cuaca yang tidak menentu.

Sedikit gementar dengan pembedahan yang bakal beliau jalani, Hafiz membuat persiapan dengan menonton prosedur pembedahan terbabit di laman Youtube supaya dirinya lebih bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Malah katanya, sekurang-kurangnya boleh menambah pengetahuannya mengenai pembedahan itu. (rkty/w)