fbpx

Hafiz Hamidun, Joy Revfa Sah Bercerai Talak Satu

Kisah rumahtangga antara Hafiz Hamidun dan Joy Revfa nampaknya menemui titak terakhir apabila pasangan ini telah disahkan sudah bercerai talak satu.

Hafiz Hamidun telah melafazkan cerai terhadap Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shukran Yusof hari ini.

BACA: Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Periksa Mental

Mahkamah juga memaklumkan yang talak satu ba-in Sughra itu dijatuhkan kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin selain memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua belah pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan.

Akhirnya selesai selepas perjalanan krisis ini yang panjang ini. Saya maafkan dia dan semua yang telah berlaku kerana sebagai manusia saya juga tidak lari dari kesilapan,” ujar Hafiz Hamidun.

Joy Revfa juga meluahkan rasa lega dengan keputusan ini dan mahu terus ke hadapan dengan hidup baru. (rtky/m)