fbpx

Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Periksa Mental

Pada Ahad lalu, menerusi program Melodi, wartawan telah menemubual Hafiz Hamidun bagi mendapatkan komen mengenai kontroversi rumah tangganya. Mungkin sudah tidak tahan menahan kesabaran lagi, Hafiz tegas mengatakan Joy Revfa mempunyai masalah mental dengan memburukkan maruahnya begitu teruk sekali dengan terbuka di sidang media.

BACA: “Hafiz Hamidun Tak Mampu Bagi Nafkah Batin”

“Dalam halusinasi ke dilunasi ke? Check mental sikit jangan nak sedap kejap menangis, kejap gembira, nak puas hati. Saya bukan nak burukkan sesiapa tetapi dia dah burukkan saya level paling tinggi. Kamu kena ingat Joy, kamu bukan jumpa kutip saya tepi jalan bagi kehidupan, tidak. Saya kenal kamu cara baik dan kita patut jalankan perkara ini dengan cara baik”

Dalam tonasi suara yang berang, Hafiz mendakwa kenyataan Joy untuk berdamai adalah fitnah sama sekali. Malah katanya tindakan Joy tidak masuk akal mahu menyaman blog yang memainkan isu hubungan kelamin mereka kerana beliau sendiri yang membuka mulut memberitahu kepada orang ramai mengenainya sehingga menimbulkan tafsiran.

“Saya tak pernah lakukan hubungan kelamin dengan. Dia yang bangkitkan isu itu. Dia buat orang tertanya-tanya apabila mengatakan bersumpah telah bersama. Kemudian apabila orang tafsir, dia nak saman pula blog tersebut, apa ni! Nak bercakap sedap, bila orang suruh explain, buat bahasa-bahasa macam tu. Kau ni kenapa?”

“Dari dulu saya kata jangan layan, tak payah tulis, dia nak bagi tau juga, jadi kamu tanggunglah sendiri. Dia sekarang cuba mengatakan bahawa dia dah cuba cara berdamai, come on jangan menipulah. Kita tak nak cari publisiti pun. Sebenarnya banyak hikmah perkara ini,” katanya kepada Media Hiburan mengenai dakwaan Joy sebelum ini.

Memang lain karakter Hafiz kali ini, mungkin sudah tidak tahan berdiam diri dan membiarkan pihak di sebelah sana terus membuat sidang media dengan memberi bermacam kenyataan. Apapun semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul lagi isu dan pergaduhan lain. (rtky/w)