Hafiz Hamidun Berang Foto Disalah Guna Scammer Forex
Fotonya disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, Hafiz Hamidun mengingatkan peminatnya agar tidak tertipu dengan akaun Instagram pelaburan pertkaran mata wang asing (forex) yang menggunakan gambarnya sebagai umpan.
Tidak akan hanya berdiam diri, Hafiz berkata dia mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan akan membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) demi menjaga serta membersih reputasi dirinya.
BACA: Hafiz Hamidun Rakam Album Guna Duit Simpanan RM200,000
“Nak tipu orang pun agak-agaklah ye. Pakailah gambar sendiri, ni pakai sebat je gambar raya aku. Sampai ada yang bertanya betul ke income dapat sampai ratus ribu macam tu. Jangan percaya ni semua PALSU.
“Korang pun janganlah terpedaya dengan iklan-iklan forex yang tipu macam ni. Ha lepas tu nanti jangan salahkan aku pulak kalau dah kena tipu,” katanya.
Dalam pada itu, Hafiz mempersoalkan pihak berkenaan mengapa harus menipu dalam perniagaan serta menasihatkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu untuk jujur dalam berniaga. Malah, Hafiz turut menyeru supaya tidak menggunakan gambar orang lain tanpa keizinan bagi melariskan perniagaan.
Forex kan byk penipu x terkejut curi gambar pun.
Sugu Pavitra buktikan yg tak perlu pki produk timbang kilo jd putih melepak, pki seksi, buat benda bodoh dsb utk viral. Cukup sekadar buat sesuatu yg kena di hati netizen mcm memasak tp suasana bersih, ckp sopan santun, suami yg baik kat bini ko dsb content pun bersih mmg org suka x maki buat bodoh memalukan bangsa/agama.
Ada 3 kategori si pencuri,
– si miskin mencuri kerana lapar
– si miskin mencuri kerana tabiat
– si kaya mencuri kerana x prnh rasa cukup dgn apa yg ada masih nk berpolitaik!