fbpx

Hafiz Hamidun Rakam Album Guna Duit Simpanan RM200,000

Selepas lima tahun menanti, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun bakal muncul dengan album terbaru berjudul Marhaba yang melibatkan kolaborasi penyanyi serta pemuzik tempatan dan antarabangsa.

Menurut Hafiz, album tersebut sepatutnya dilancarkan pada bulan Ramadan namun terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

BACA: Hafiz Hamidun Dedah Ada Wanita Ajak Kahwin, Mahu Jaga Anak Angkat

Hafiz berkata dia sepatutnya melakukan penggambaran video muzik di beberapa negara seperti Turki dan Uzbekistan namun terpaksa ditangguhkan juga sehingga keadaan kembali pulih.

Dalam pada itu, Hafiz berkata album tersebut merupakan perancangan yang besar dimana dia mendedahkan proses pembikinan albumnya itu menelan kos kira-kira RM200,00 dan menggunakan wang simpanannya sendiri.

“Kos yang dikeluarkan untuk album ini bernilai kira-kira RM200,000 dan saya menggunakan wang simpanan saya sendiri. Tapi saya tidak menganggap itu satu bebanan kerana inginkan kualiti yang terbaik,” katanya kepada mStar Online.

Katanya lagi, proses pembikinan album tersebut sudah dimulakan sejak 2017 lagi, dimana dia sudah mula ke negara-negara luar seperti Mesir, Turki dan Indonesia untuk merekodkan album berkenaan.