Hafidz Roshdi Pilih Nama Anak Luth
Siapa tidak teruja menimang cahaya mata, apa lagi bayi pertama. Begitu juga dengan Hafidz Roshdi yang sudah mempunyai nama untuk anak pertamanya meskipun kandungan isteri baru mencecah empat bulan. Dalam masa yang sama, pengalaman lalu isteri keguguran membuatkan Hafidz lebih berwaspada dengan keadaan isterinya kini.
BACA: Isteri Alah Bau Badan Hafidz Roshdi
“Walaupun belum melakukan imbasan jantina anak, tak tahu kenapa naluri saya kuat mengatakan kami bakal dikurniakan anak lelaki. Begitu juga isteri yang inginkan anak lelaki. Disebabkan itu saya memilih nama Luth. Pada masa sama saya juga ada senaraikan tiga nama sekiranya anak perempuan. Namun dalam soal ini segalanya atas ketentuan Allah SWT”
“Kami sebenarnya tak kisah lelaki atau perempuan asalkan anak yang dilahirkan itu sihat dan cukup sifat. Pengalaman lalu buatkan saya serik. Jadi apabila tahu isteri hamil kali kedua, saya terus larang dia buat kerja rumah atau apa saja aktiviti berat. Saya tak mahu insiden sama berulang,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.
Manakala apabila ditanya mengenai perkembangan terkini isterinya, Hafidz memberitahu bahawa isterinya masih mengalami alahan bau serta muntah-muntah. Namun kalau diikutkan keadaannya terdahulu yang alah bau Hafidz sendiri, kini keadaan isterinya lebih baik. Malah Hafidz dan isteri juga sudah mula membuat persiapan menyambut kelahiran bayi. (rtky/w)
Semoga selamat semuanya
Aamiin
iyaa
Adoi…pening aku cerita ape ni??????mana cerita azmi!!!!!!
haih…meluatlh kak nam ni..asyik faye …faye…faye…fanatik sangat:-(
suka pasangan di, semoga kekal bahagia.
Jgn ada yg buka page ni pas 2 komen cam2 ckp anak muka zaibo r nma zaibo dh. Jgn kcau rmah tngga org biarkan mereka bahagia dengan hdup mereka sekurangnya masing2 asalnya bujang bukan ada yg merampas hak org/buat pkara2 menjengkelkan dh.
Alhamdulillah tahniah2. Nmakan dengan nma2 islam yg indah n elakkan nma terlalu panjang/ sebutan berbelit2.
Tahniah hafidz and wife.sedap nama luth.
nama nabi luth 2. Letak luthman al hakim mksud sdap snang igt
isteri bila sah mengandung, kena lah nasihat nya kurang buat kerja berat dan banyak rehat sebab ovari masih lemah. Bila masuk empat bulan lebih stabil, boleh lah gerak lebih sikit.
Byakkan bgerak bila dh msuk kndungan ke 6 atau 7 bulan
Cantik is3 dia…beseri2
Beseri2 wjh is3 dia…cantik
Cerdik sgt ovari lemah plak.kantung ovari tmpat keluar telur.yg tmpat embrio menempel is uterus@ rahim.adoyai