fbpx

Hafidz Roshdi Dedah Sering Nampak Elizad Solat Setiap Kali Masuk Waktu

Semalam hangat diperkatakan apabila seorang netizen menghina pelakon Siti Elizad yang masih belum dikurniakan zuriat dengan perkataan mandul.

Malah, individu tersebut turut memuat naik status biadap meminta orang ramai mendoakan Elizad dikurniakan zuriat meskipun tidak menutup aurat dan solat.

BACA: Dihina Mandul & Dituduh Tak Solat, Siti Elizad Buat Laporan Polis

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Hafidz Roshdi yang tampil mempertahankan Elizad yang dituduh tidak menunaikan solat. Hafidz mendedahkan Elizad tidak meninggalkan solat meskipun sibuk.

“Setiap kali penggambaran di rumah, mesti dia (Elizad) akan ambil wuduk, bentang sejadah. Bukan sekali saya nampak, tapi berkali-kali.

“Saya nak beritahu benda betul yang saya nampak depan mata. Saya tidak akan cakap kalau tidak nampak dengan mata saya sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hafidz turut memberitahu setiap kali bertemu di set penggambaran, Elizad akan segera mendirikan solat setiap kali masuk waktu.

“Saya cuma nak beritahu ketika saya melakukan penggambaran dengan kak Elizad, setiap kali masuk waktu solat mesti terserempak dengan dia. Dia akan siap ambil wuduk dan bentang sejadah. Itu sahaja saya nak beritahu,” katanya.

Terdahulu, Elizad meluahkan rasa kesal dengan tuduhan netizen itu dan sudah pun membuat laporan polis serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.