Dihina Mandul & Dituduh Tak Solat, Siti Elizad Buat Laporan Polis
Pelakon Siti Elizad meluahkan rasa kecewa apabila seorang netizen menulis komen biadap menghina dirinya yang masih belum dikurniakan zuriat dengan perkataan mandul.
Bukan hanya setakat itu, individu bernama Zain Rashdan turut memuat naik status biadap meminta orang ramai mendoakan Elizad dikurniakan zurait meskipun tidak menutup aurat dan solat.
BACA: “Usia Nak Masuk 40 Tahun, Masih Tiada Zuriat. Doakan Saya”
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Elizad turut memuat naik komen dan status individu tersebut serta mengakui menangis apabila dihina dengan kata-kata sedemikian lebih-lebih lagi dituduh mandul.
Elizad berkata individu tersebut tidak tahu dia berusaha keras untuk mendapatkan zuriat sendiri dan bertahun-tahun jumpa dengan doktor pakar untuk menimang cahaya mata.
Susulan komen biadap netizen tersebut, Elizad berkata dia sudah pun membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Pada November tahun lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.
admin rotikaya, boleh jd kau puncanya & bakal tanggung dosa
mamat yg komen tu deserves a good lesson. semoga polis dpt carik. aminnnn..
btw, mgkin mamat tu x bljr agama. nabi zakaria menanti puluhan tahun utk dapat zuriat. walaupun dia sendiri nabi dan byk ibadah, tp Allah tetap uji hambanya dgn pelbagai cara.
so mamat tu siapa nk kata artis x dikurnia zuriat sbb x solat/pakai tudung? fizz fairuz dgn almy nadia tu anak berderet2 walau free hair.. so mamat ni layak ke nk judge org?
Abeslah kau .. jgn settle dgn mintak maaf je.. kasi habis.. kerana mulut badan binasa.. padan muka kapok kena saman
sapalah setan yang buat tohmahan ni..baik ngaku..nnti masuk melodi baru taw…mna nak taruh muka…
Semoga dipermudahkan
Haa menangis la ngko nak mintak ampun. Org jantan kalo sejenis kuat mmbawang ni lg teruk dari mak.lampir sedunia.
Elok la report pulis. Mulut2 mcm ni elok bg azan kat telinga dia. Kalo bdk tu muda, kesian laaa ko wahai budak…nnti dh kawen tgk la dpt balasan nya bini ko beranak buting pelamin ke tak.
Jgn hina org mandul etc tu jodoh rezeki ajal Allah yg tentukan dan ujian manusia berbeza. Takde sesapa yg beriman tidak diuji sepnjg hayat.
Ujian2 ni la yg akan mnentukan tahap kita di sisi Allah nnti. Jika kita diuji, sabar la dan jgn mudah fikir jln singkat.
Sedih sgt baca kisah org terjun bangunan terjun jmbtn dlm mudah zmn covid ni.
Ingatlah jika ada kesukaran, minta la bantuan. Jgn cari jln singkat sbb ini semua hnye ujian sebelum kita ke dunia yg kekal. Selalu berdoa ketika sujud agar ditetapkan iman kita.
Mcm si al mulut jantan ni ..patut report …saman kat mahkamah ….claim tinggu tinggi …
Maaf aje tak guna …
Kalau dia kata …kena hack …percayalah ..pembohong tu
aduh. ingatkan pompuan jer yg suka membawang
Mesti haters dia ni …
Kot yer pun benci meluat…jgn lah ckp org tak solat..sensitif benda nih tau
To sis elezad, lps ni dah jgn promo apa2 psl life you utk buat ivf etc.ker ape…buat sesenyap..tau tau dh buncit cukup
setuju??
setuju??
One day klu ko kahwin dpt anak cepat, jgn sombong sgt..dgn cara ko komen org mcm ni, jgn nanti anak ko yg tarik ko masuk neraka. Ade anak tak menjamin ko utk masuk syurga.
Surah Al Kahfi Ayat 46.
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.