fbpx

Hael Husaini Sihat, Tapi Badan Hanya Seberat Tiga Kampit Beras

Tubuhnya dilihat semakin kurus, komposer dan penyanyi Hael Husaini berkata dia tetap dalam keadaan sihat sahaja. 

Memetik Harian Metro, Hael mendedahkan beratnya kira-kira 30 kilogram sahaja namun apa yang penting keadaan dirinya sihat sahaja.

BACA: Netizen Dakwa Muka Hael Husaini Makin Pelik

“Berat saya sekarang berapa kilogram, rasanya tiga kampit beras ni (kira-kira 30 kilogram). Tapi, berbanding berat dulu dan sekarang, ia lebih kurang saja.

“Saya nampak kurus, sebenarnya banyak benda yang kena ‘cut’ (potong). Sebabnya, dalam masa saya nak sembuh kerana kurang sihat banyak benda yang kena jaga dari segi kesihatan dan pemakanan,” katanya.

Sebelum ini, Hael mengesahkan terpaksa membatalkan Konsert Hael Husaini Live In KL pada 19 Februari lalu berikutan faktor masalah kesihatannya.

Hael turut menafikan konsert itu dibatalkan berikutan jualan tiket yang tidak laku sebaliknya dia keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat daripada doktor.

“Saya kena berehat dan tidak terbabit dalam apa-apa konsert dulu agar tidak menjejaskan masalah kesihatan dalam tempoh yang lama. Insya-Allah, saya berharap dapat merealisasikan konsert pada tahun ini juga.

“Apapun, suatu hari nanti tiba masanya saya yakin pasti konsert solo saya dapat diadakan. Sebabnya, saya mempunyai impian tinggi, tapi biarlah perlahan-lahan untuk mencapainya dan cuba membuat yang terbaik,” katanya.