fbpx

Netizen Dakwa Muka Hael Husaini Makin Pelik

Sejak kebelakangan ini, penampilan penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini menjadi perhatian ramai apabila dilihat seperti selebriti di Korea Selatan.

Baru-baru ini, tular video menerusi aplikasi TikTok memaparkan penyanyi itu sedang menikmati juadah makan sambil berbual dengan rakannya di sebuah majlis.

BACA: Peminat Puji Hael Husaini Hensem Sejak Azali 

https://www.tiktok.com/@ombakkitchen/video/7205224330312027419?

Menerusi video itu, Hael dilihat memakai baju berwarna kelabu gelap, namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah lenggok ‘lembut’ penyanyi itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa wajah Hael dilihat semakin pelik berbanding sebelum ini.

Malah, ada yang mempersoalkan adakah penyanyi itu melakukan rawatan di bahagian bibir kerana dilihat berbeza dengan Hael yang sebelum ini.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan wajah Hael mirip seperti Michael Jackson mungkin kerana solekan yang digunakan.