fbpx

Gossip: Gemar Mencuba Darah Baru, Pelakon Lelaki Popular Digelar Bapa Tupai

Di’sebelah ini ialah Ryan Gosling & bukan pelakon lelaki popular yang kami maksudkan. Harap bintang Hollywood ini tidak punya masa untuk membaca artikel kami.

ADS: Menangi barangan eksklusif filem Jack & Jill. Hanya komen dan menang. Buka 29 Disember 2011.

Lewat petang tadi, kami sudah bersedia untuk angkat kaki untuk pulang ke rumah dan kami di’datangi oleh seorang krew produksi — dengan  satu cerita.

Bukan kisah baru sebenarnya buat mereka dalam industri hiburan jika tahu ada pelakon senior yang cuba menunjuk belang dengan pelakon yang baru.

Tetapi, aktiviti mencuba darah muda oleh seorang pelakon lelaki popular yang sudah berkahwin ini terlalu kerap sehingga menimbulkan satu panggilan manja buat beliau di’kalangan krew produksi.

Ramai sebenar’nya sudah memanggil pelakon lelaki ini sebagai Bapa Tupai kerana sikap beliau yang suka mencuba dan menggoda pelakon baru yang secara langsung atau tidak bekerja dengan beliau.

Jika kami sebutkan nama individu ini, pasti anda tidak terkejut lebih lebih lagi dengan gossip besar yang sering berlegar sekitar karier lelaki ini.

Bukan untuk menasihat tetapi kami khuatir jika satu hari nanti segala’nya terbongkar, boleh jadi menuju ke tong sampah segala resume karya lakonan beliau sebelum ini. Sekadar mengingatkan.