Menghitung hari sebelum melahirkan bayi lelaki tidak lama lagi, Fasha Sandha dan Jejai masih sempat untuk mengadakan Baby Shower untuk sama-sama meraikan detik menghitung hari bersama keluarga dan rakan rapat.

Majlis yang berlangsung semalam turut dihadiri ramai artis seperti Zizan Razak, Dynas, Dato’ Eizlan Yusof dan isteri serta beberapa teman media yang lain.


Turut kami selitkan, gambar di sekitar majlis baby shower Fasha Sandha dan Jejai.