fbpx

“Saya Tak Tahu Kesabaran Saya Sampai Bila”

Meskipun pernah terpalit dengan ujian rumah tangga, pelakon dan penyanyi Bella Astillah tetap cekal menghadapinya dan kini bahagia bersama suami tercinta.

Menerusi satu podcast bersama Amelia Henderson, Bella disifatkan seorang yang tabah dan kuat menghadapi ujian namun dia mengakui takut jika kesabarannya akan ada hadnya nanti.

BACA: Bella Astillah & Aliff Aziz Semakin Matang, Saling Mempercayai

“Ramai cakap saya kuat, saya sabar tapi sebenarnya saya takut sangat. Saya takut akan ada hadnya nanti sebab saya tak tahu bila akan jadi.

“Orang cakap, ‘hebatlah Bella ni, wanita yang sangat kuat dan sangat sabar.’

“Tapi saya tak tahu kesabaran saya sampai bila, saya harap sangat saya tetap bersabar,” katanya.

Perkongsian Bella itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami apa yang dihadapinya serta mengatakan sesabar mana seseorang itu ada hadnya.