Perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Vietnam semalam sememangnya meriah, lebih 90 ribu penyokong bola sepak tempatan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Barisan selebriti juga turut ke stadium untuk memberikan sokongan antaranya Diana Danielle, Farid Kamil dan Ummi Nazeera.
Bagaimanapun, menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram Diana Danielle, segelintir netizen mempersoalkan bagaimana mereka begitu mudah mendapatkan tiket. Tidak kurang juga ada netizen menuduh mereka menggunakan kabel untuk mendapatkan tiket dengan cara mudah.
BACA: Digelar ‘Bangsa Final’, Ummi Nazeera Balas Balik
Tidak mudah melatah, Diana membalas komen tersebut dengan tenang dan menjelaskan bahawa mereka juga bersusah payah untuk mendapatkan tiket tersebut serta membelinya dengan duit mereka sendiri dan bukan seperti yang didakwa netizen.
Dalam pada itu, netizen turut mempersoalkan tindakannya yang mengenakan topeng hitam ketika berada di stadium serta membandingkan dengan selebriti luar negara yang lebih bersahaja menunjukkan wajah jika menonton perlawanan seperti itu.
Komen tersebut turut dibalas oleh Diana dengan jawapan pedas dimana selebriti luar negara mempunyai ramai pengawal dan tidak perlu memakai topeng muka, berbeza dengan mereka yang perlu menjaga keselamatan diri sendiri.