Belum habis lagi cerita fesyen artis di Anugerah Juara Lagu 24? Sudah-sudah’lah. Ya, kami faham keluhan hati anda.


Sedang orang ramai masih memperkatakan gaya pemakaian yang di’kenakan Betty Benafe tempohari, peminat hiburan seolah-olah terlepas pandang fesyen yang di’kenakan Rina.

Rina yang pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa datang ke majlis Anugerah Juara Lagu ke 24 dengan busana hitam yang menggunakan bra beliau menjadi sebahagian perhiasan.

Ya, sekali lagi, mata-mata kami memang mata orang buta fesyen, namun secara terang-terangan bra yang di’pakai Rina sengaja di’tonjolkan menjadi sebahagian fesyen.

Kalau ada yang bertanya apa salahnya beliau berpakaian begini, kami selalu jawab, ini bumi Malaysia & fikir sendiri.