Ani Mayuni Kecewa Penyanyi Dangdut Tak Diberi Peluang Buat Konsert Besar
Penyanyi Ani Mayuni kesal apabila turut terkena tempias berikutan ada segelintir rakan artis dangdut sengaja mencipta kontroversi bagi meraih populariti.
Memetik mStar Online, Ani berkata disebabkan kontroversi tersebut ramai yang memperlekehkan perjuangan rakan-rakan penyanyi lain yang mahu mencari makan dalam industri muzik.
BACA: “Arwah Minta Kami Rahsiakan” – Ani Mayuni
Menurtu Ani lagi, dia berharap agar mereka lebih peka dalam memuat naik kandungan di media sosial serta menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan nilai positif.
“Segelintir artis dangdut yang suka buat konten mengundang kecaman kemudian dakwa diri sebagai mangsa.. yang salah sebenarnya pada diri individu tersebut. Ia memberi impak kepada penyanyi dangdut lain sehingga ada yang bertanya untuk meminta komen.
“Bagi saya tak perlu buat konten sebegitu di media sosial. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya ‘jual’ kerjaya,”katanya.
Sementara itu, Ani turut meluahkan rasa kecewa apabila tidak diberi peluang untuk mengadakan acara besar seperti konsert sedangkan penyanyi dangdut di Malaysia tidak menang tangan menerima tawaran persembahan.
“Kami sesama rakan artis ada pernah juga mengeluh kerana kurang mendapat ruang seperti konsert, program televisyen dan radio.
“Sedangkan show kami non-stop. Malah, seminggu ada dua atau empat show sehingga terpaksa tolak dan berikan kepada orang lain. Mestilah rasa terkilan kerana lagu dangdut masih ada permintaan tetapi tiada ruang buat kami,” kataya.
Dalam pada itu, Ani berharap konsert yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan menjadi permulaan terbaik buat genre dangdut untuk terus mendapat tempat di kalangan peminat.
Difahamkan, antara selebriti terlibat dalam konsert berkenaan adalah Baby Shima, dan empat penyanyi Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.
- SUMBER
- mstar Online
Dah X laku
Acceptreqlity. Lebih mudah. Nak lawan apa. Kita semua bqkal jd tua. Sediakan diri utk masa tua..bkn masa dh tua nak berebut buat konsert. Kita bkn kat amerika di sana masyarakat x pndg rupa hidung kembang hitam gemuk atau kurus. Suara sedap mmg akan diminati. Dan dihargai. Kat mlysia kalo kau dah byk selulit, berkedut, gelap dan x menarik, mmg x ada siapa nak back up. Walqupun suara kau lg sedap daripada adele. Semoga ada pihak sanggup mngubah sikqp/perkara yg x bagus ini. Yg berbakat kita patut hargai selagi bernyawa. Jgn dh mninggal baru nak hargai.
Muzik dangdut mmg kasta rendah utk tujuan hiburan level² kelab mlm boleh laa. Konsert no!