fbpx

Lepas Kahwin, Fattah Amin Mahu Pilih Tawaran Berkualiti

Walaupun pernah dilabel ‘pelakon kayu’, Fattah Amin antara selebriti yang menerima bayaran termahal dan antara pelakon lelaki yang sentiasa menghiasi kaca televisyen. Namun selepas berkahwin, Fattah mengakui dia lebih selektif dalam perjalanan seninya.

Menurut Fattah, dia mula memikirkan tawaran berlakon yang lebih berkualiti berbanding kuantiti serta tidak akan ambil tawaran berlakon sembarangan.

BACA: “Saya Tak Pernah Kawal Hidup Fattah Amin”

“Percaturan karier saya selepas berkahwin ini lebih memilih produk yang berkualiti. Kalau saya tak selesai satu projek, saya tak terima tawaran lain.

“Sebab kalau boleh setiap drama atau filem yang saya terima, saya nak ada masa untuk latihan dan baca skrip. Sekarang ini, saya sudah mula fikirkan kualiti berbanding kuantiti,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fattah memberitahu ada permintaan untuk berganding semula dengan isterinya, Nur Fazura, namun dia akan mempertimbangkan tawaran tersebut.

“Memang ada permintaan dan tawaran tak kisah dari segi drama atau lagu. Bila kita nak buat kerjasama kembali, banyak benda kena fikir.

“Kena fikir kualiti projek itu, tak boleh main ambil sahaja. Buat masa sekarang, saya dan Fazura ada perancangan karier yang berbeza. Tapi saya tidak menidakkan kerjasama dengannya dalam masa terdekat. Kalau ada nanti saya akan kongsikan,” katanya.