fbpx

“Fattah Budak Skema, Bukan Kaki Perempuan”

Perkongsian penyanyi Keena Wahab mencuri perhatian ramai apabila menggelar pelakon Fattah Amin sebagai ‘budak skema’ menerusi satu entri di Facebook.

Keena merupakan bekas peserta program Mentor turut berkongsi pengalaman ketika bekerja bersama Fattah dalam drama Hello Mr. Perfect, aktor itu seorang yang pendiam dan bukan kaki prempuan apatah lagi mahu berlaku curang.

BACA: Fattah, Fazura Bakal Lancar Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’

Katanya lagi, Fattah juga seorang yang pemalu dan tidak lokok belanja kru. Tambahnya lagi, meskipun banyak peminat, Fattah bukan jenis melayan atau bermain cinta.

“Fattah yang saya kenal selama bekerja dengan dia. Dia seorang pendiam. Dekat set dia buat hal dia saja. Makan sama-sama dengan krew. Dan bukan kaki ‘merewang’ bukan kaki ‘perempuan’. Masakan dia nak berlaku curang.. pemalu budak Fattah ni satu lagi tak lokek selalu belanja kru.

“Lepas habis beberapa drama dia sibuk jadi brand ambassador. Bukan jenis bermain cinta. Peminat wanita punyalah ramai tapi dia bukan jenis ‘melayan’.. jadi kamu percaya dia curang?” kongsinya.

Sementara itu, Keena turut memuji Fattah sebagai individu yang menghormati orang di sekelilingnya, termasuk dirinya yang lebih tua tiga tahun.

“Saya tua 3 tahun dari dia. Dia hormat sebagai kakak diset. Dia sangat menghormati orang. Dan dari keluarga baik-baik. Apatah lagi dia bukan jenis bercerita hal orang kat set, tak pernah di bibir mengumpat hal orang lain. Kamu nilai lah Fattah ni macam mana,” katanya.