Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob kesal dengan sikap segelintir individu yang gemar menyebut nama ibu bapa yang meninggal dunia ketika bergaduh.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley berkata berkata ketika dalam petelingkahan tidak perlu menyebut nama ibu bapa untuk menyakiti hati orang lain dan tindakan tersebut dilihat ‘low class’.

BACA: DSV Hampir Pengsan, Sifatkan Lamaran Fazley Umpama Dari Syurga

“Tak kisah lah bergaduh macam mana pun. Tak perlu sebut dan ungkit nama mak bapak yang dah meninggal. Thats low class. Al-Fatehah buat semua mak atau ayah kita yang telah pergi mengadap Ilahi,” katanya.

Perkongsian Fazley itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan tegurannya itu serta berpendapat tindakan menyebut nama ibu bapa itu adalah tidak matang. 

×