fbpx

Fyna Jebat Dah Berbaik Dengan Madu, Boleh Makan Semeja Bila Bertemu

Umum mengetahui, sebelum ini kemelut antara dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu penyanyi Fyna Jebat dan madunya, Datin Zalina Zaini akhirnya selesai apabila menyelesaikan secara baik.

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Memetik Oh Bulan, Fyna meluahkan rasa syukur hubungannya dengan madu sudah jernih serta memohon orang ramai mendoakan kebahagiaannya dengan suami.

BACA: Kes Gaduh Tarik Rambut Selesai, Fyna Jebat & Madu ‘Berdamai’

“Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang pernah berlaku tempoh hari.

“Terima kasih, saya tahu ramai yang mendoakan kami. Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian saya dan suami,” katanya.

Dalam pada itu, Fyna berkata dia masalah untuk duduk semeja dengan madunya namun buat masa ini ianya terhalang kerana sibuk dengan tuntutan kerja.

“Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja. Cuma ketika ini, saya terkekang dengan jadual kerja yang padat. Tetapi di pihak dia, saya tidak berani untuk beri sebarang komen,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Fyna didakwa terlibat dengan pergaduhan dengan madunya itu di sebuah restoran di Shah Alam. Bagaimanapun, kedua-duanya menarik semula laporan yang dibuat.