fbpx

Kes Gaduh Tarik Rambut Selesai, Fyna Jebat & Madu ‘Berdamai’

Kemelut antara dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu penyanyi Fyna Jebat dan madunya, Datin Zalina Zaini akhirnya selesai apabila menyelesaikan secara baik.

Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim memaklumkan isteri pertama  Zainal Abidin telah menarik semula laporan yang dilakukannya pada dua minggu yang lalu.

BACA: Isu Bergaduh Dengan Madu, Fyna Jebat Tenang-Tenang Sahaja

“Mereka sudah tarik report (laporan). Wife (isteri) telah tarik report dua minggu lalu. Jadi kita telah rujuk kertas siasatan (kepada pihak pendakwaan).

“Kalau ikut tempoh hari, kita kena bagi bon tetapi mereka telah tarik report dan masing-masing selesai secara baik. Jadi, kes selesai dengan diklasifikasikan sebagai NFA,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Fyna didakwa terlibat dengan pergaduhan dengan madunya itu di sebuah restoran terletak di Shah Alam.

Pihak polis mengesahkan berlaku pergaduhan kecil dan kedua-dua pihak telah membuat laporan polis. Hasil siasatan, suspek (isteri pertama) berasa tersindir dengan kenyataan pengadu dalam program Famili Duo.