fbpx

Fouziah Gous Sahkan Kahwin Tahun Ini & Tidak Suka Tunjuk Teman Lelaki

Fouziah Gous sebelum ini kerap di’kaitkan dengan seorang VIP sehingga aktress ini rimas dengan kata kata orang ramai walaupun berkali kali menafikan semua dakwaan yang timbul.

Melalui edisi terbaru Media Hiburan, Fouziah Gous mendedahkan status sebenar diri beliau yang kini bergelar kekasih kepada seseorang dan bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

“InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin tahun ini juga. Semuanya sudah dalam perancangan, tinggal masa sahaja”

“Sama ada akan bertunang atau terus nikah, itu semua masih lagi dalam perbincangan antara kedua belah pihak,” kongsi Fouziah Gous yang bakal menjalani kursus kahwin tidak lama lagi.

“Kami hanya kenal sebagai kawan yang mana mahu berbincang untuk menjalankan perniagaan sarang burung. Tanpa disedar, bisnes yang kami jalankan bersama membawa hubungan kemi ke satu tahap yang lain pula”

“Apa yang boleh saya katakan, dia memiliki ciri ciri lelaki yang selalu saya bayangkan untuk menjadi suami kelak. Walaupun sudah stahun menjadi rakan kongsi, hubungan yang lebih serius ini baru sahaja terjalin,” jelas Fouziah Gous yang turut nafikan dakwaan merampas kekasih orang.