Kami pasti jika Nora Danish berkahwin sekali lagi, ianya akan senang senang di’angkat sebagai Wedding of the Year — lebih lebih lagi jika tema perkahwinan idaman beliau menjadi kenyataan.

Menjadi penghias muka hadapan majalah EH! edisi Jun 2013, Nora Danish tampil dalam video di’sebalik tabir sesi fotografi dan menjawab beberapa soalan berkaitan impian beliau untuk perkahwinan kelak.

Menceritakan pengalaman beliau menjalani kehidupan dalam perkahwinan pertama yang mematangkan dirinya, Nora Danish sebelum ini menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang mudah tetapi beliau silap.

Bagaimanapun Nora Danish tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin untuk kali kedua dan mengimpikan majlis perkahwinan kedua beliau nanti berkonsepkan perkahwinan Edward & Bella dalam filem Twilight.

Tonton video di atas untuk temubual penuh bersama Nora Danish dan jika ingin melihat keanggunan aktress ini dalam persalinan pengantin, dapatkan edisi terbaru EH! di pasaran hari ini. Heh.