fbpx

Hampir sebulan berlalu, namun usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamarzaman masih tidak dapat dikesan lagi selepas waran tangkapnya dikeluarkan mahkamah tinggi syariah.

Bagaimanapun sejak beberapa hari ini, Sajat dilihat masih aktif di media sosial. Terbaru, Sajat dilihat mengeluarkan kenyataan menyentuh perihal agama.

BACA: Sajat Ucap Selamat Menyambut Ramadan Buat Umat Islam

Menerusi Insta Story, Sajat seakan memerli sesetengah pihak yang merasakan diri mereka tidak pernah berbuat dosa serta menggelar mereka munafik.

Dalam beberapa perkongsian lain, Sajat memberitahu bahawa dirinya akan kembali bangkit daripada segala masalah yang berlaku. Sajat turut meluahkan rasa berang dengan memaki haters dengan kata-kata yang kurang sopan.

Sudah hampir sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Sajat masih belum berjaya ditangkap sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu. Terdahulu, pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat berada di luar negara.