fbpx

Fizz Fairuz: Azlyn Massiela Sendiri Mengaku Sudah Pun Berkahwin

Fizz Fairuz lagi. Kisah Fizz fairuz lagi dan kali ini kenyataan balas daripada pelakon lelaki ini pula mengatakan pihak perempuan sendiri mengaku sudah berkahwin apabila di’tanya baru baru ini.

“Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya telah terbongkar”

BACA: Suami Dakwa Azlyn Massiela Hilang Ingatan, Tidak Salahkan Fizz

“Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama”

“Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Perkahwinan mereka sah walaupun tidak didaftarkan”

“Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang”

“Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga,” ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia di’larikan dan terpaksa berkahwin dengan lelaki itu.