fbpx

Suami Dakwa Azlyn Massiela Hilang Ingatan, Tidak Salahkan Fizz Fairuz

Oh ya, seperti anda semua kami juga terasa seperti mengikuti drama penuh dengan plot berputar belit. Semua pihak yang ada terlibat ketika ini memberikan kenyataan yang sangat berbeza.

BACA: Azlyn Massiela Dakwa Fizz Fairuz Bohong, Bukan Isteri Orang

Ketika Azlyn Massiela mendakwa dirinya tidak pernah bergelar isteri orang sepanjang hidup 26 tahun, muncul pula lelaki yang mendakwa suami kepada wanita ini yang mahu di’kenali sebagai Ramli.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan. Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan,” ujar Ramli.

Ramli turut mendakwa yang Azlyn Massiela bertindak sedemikian adalah kerana merasa kesunyian akibat kurang di’beri perhatian selepas mereka bernikah di Thailand beberapa tahun lalu.

“Dia isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama. Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz”

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” tambah Ramli yang turu mendakwa keluarga Azlyn Massiela tidak mengetahui tentang perkahwinan mereka.