Jika sebelum ini anda tertanya tanya siapa gerangan kekasih Fizo Omar, sekarang mungkin sudah ada jawapannya.

Beliau yang datang ke majlis perkahwinan Liyana Jasmay semalam hadir berdua bersama pasangannya yang sememangnya jelita & mempersona.

BACA: Fizo Omar Akui Hubungan Dengan Bakal Doktor Sudah Berakhir

Masih belum mahu bercerita lanjut mengenai tuan empunya badan yang berjaya mencuri hati Fizo Omar, selebriti ini lebih suka low profile jika berkaitan dengan kisah peribadi.

Hadir dengan pakaian yang hampir sama, mereka kelihatan sangat padan dan Fizo Omar tampak selesa bersama wanita tersebut.

“Ini pertama kali saya hadir ke majlis besar bersama pasangan, jika dulu datang seorang kini dapat jugaklah rasa datang berdua”

Fizo turut memberitahu bakal menamatkan zaman bujang sebelum berusia 30 tahun. Kiranya ada lagi dua tahun sebelum Fizo bersedia umumkan siapa bakal isterinya nanti.