fbpx

Kekasih Bakal Doktor — Fizo Omar Mengaku Hubungan Sudah Berakhir

Kalau anda masih ingat, sekitar Ogos 2012 yang lalu ada beberapa laporan media yang menyebut akan status Fizo Omar yang mempunyai kekasih bakal bergelar seorang doktor.

Agak lama tidak dengar akan kisah peribadi pelakon dan usahawan ini, kesempatan bertemu beliau di pelancaran koleksi baru Levi’s 501 di Bangsar kami gunakan untuk bertanya.

“Ohh, itu kisah lama — saya pun sudah tiada cerita untuk di’ceritakan — hubungan kami berdua sudah berakhir berbulan lamanya,” jawab Fizo Omar tentang hubungan dengan kekasihnya itu.

“Lagi pun saya dengan dia tidak pernah letakkan apa apa status pada hubungan kami & sebelum ini pun saya ada kata, jika berjodoh adalah”

Namun tiada pula jawapan daripada Fizo Omar berkaitan status beliau ketika ini sama ada sudah punyai pengganti atau pun terlalu sibuk menguruskan perniagaan beliau untuk mencari kekasih. Heh.