fbpx

Fizo Omar, Bakal Timang Anak Perempuan

Dengan usia kandungan yang telah mencecah 24 minggu, pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim telah mengumumkan jantina anak mereka di Instagram.

BACA: Isteri Fizo Omar Kini Sudah Berbadan Dua?

Fizo dan Mawar kelihatan sangat gembira dengan berita ini. Mereka turut berkongsi video imbasan ultrasound yang jelas kelihatan keadaan anak di dalam kandungan.

Menurut mereka anaknya kini sudah mencecah berat 600gram dan bersyukur kerana semuanya dalam keadaan yang cukup sifat atau sempurna.

“Secara rasminya doktor kata 99.9% adalah perempuan!” ucap Fizo dengan perasaan yang cukup gembira.

?????= ?????????

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Dalam masa itu, Fizo turut sempat mengusik perubahan isterinya yang semakin berisi sejak mengandung.

Apapun, tahniah buat mereka berdua dan semoga semuanya dalam keadaan yang baik. Tak sabar nak tengok macam mana wajah anak mereka, mesti comel! (rtky/l)