fbpx

Isteri Fizo Omar Kini Sudah Berbadan Dua?

Jika benar seperti apa yang diperkatakan oleh peminat Fizo Omar mengenai isterinya yang dikatakan hamil, pastinya ia satu perkara yang mengggembirakan bagi pasangan ini. Perkara tersebut mula menjadi tanda tanya apabila Fizo berkongsikan sesuatu melalui laman Instagramnya.

BACA: Kritik Penaja Gegar Vaganza: Fizo Omar Mohon Maaf

8- Isteri Fizo Omar Kini Berbadan Dua? - ROTIKAYA

“Alhamdulillah syukur. Baru sahaja dapat berita gembira. Alhamdulillah syukur semakin murah rezki kami. Terima kasih diatas doa kalian semua. Semoga diberkati. Insyallah rezeki dari-Nya melalui kami untuk di kongsi bersama,” tulisnya di laman sosial tersebut.

Sebelum ini Fizo pernah menyatakan bahawa mereka telah pun berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan cahaya mata dan menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Tuhan.

Jika benar apa yang ingin dikongsikan oleh Fizo tersebut adalah mengenai berita kehamilan, kami ucapkan tahniah kepada perkara tersebut. Semoga semuanya baik-baik belaka dan sentiasa dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini. (rtky/s)