fbpx

Filem Minggu Ini: Berani Punya Budak

Apalah salah kami kiranya review bagi filem tempatan kami selitkan buat tatapan di hujung minggu sebegini. Lupakan seketika filem aksi yang lain yang sedang mewarnai pawagam seluruh negara pada masa ini.

Filem Berani Punya Budak merupakan filem arahan Afdlin Shauki yang membuat penampilan di pawagam seluruh negara bermula 26 April 2012 yang lalu. Pasti anda merindui sentuhan beliau setelah filem beliau yang terakhir tidak lama dahulu.

Filem ini mengisahkan bagaimana 2 orang saudara kandung yang membawa diri ke Malaysia setelah kecelakaan menimpa ketika berada di negara orang.

Setibanya di Malaysia,mereka ditahan di lapangan terbang olek pihak berkuasa kerana mereka telah disenarai hitamkan oleh pihak Interpol. Bermulalah kisah ‘flashback’ yang penuh dengan aksi-aksi yang menarik di samping elemen komedi gaya Afdlin Shauki yang diselitkan. 

Garapan yang ditampilkan oleh pengarah,Afdlin Shauki menerusi filem ini memberi kelainan berbanding filem-filem beliau sebelumnya. Pujian harus diberikan kepada beliau kerana berani membuat kelainan untuk filem ini. Namun terdapat sedikit kekurangan dari segi ‘Voice Over’ (VO) yang diselitkan ketika adegan aksi berlaku sedikit sebanyak mencacatkan adegan tersebut.

Sedikit sejarah mengenai filem ini, filem ini sebenarnya telah ditayangkan diluar negara sebagai filem aksi dengan tajuk yang berbeza iaitu ‘The Brave’. Pengolahan telah dibuat oleh Afdlin Shauki sendiri menerusi proses VO lalu filem ini bertukar genre untuk tayangan rakyat Malaysia kepada filem bergenre komedi. Bukan kerana ‘double standard’ tetapi pengarah mempunyai alasan tersendiri menukar genre filem kerana masalah cetak rompak yang melanda menyebabkan filem ini sukar untuk dipasarkan.

Menampilkan Afdlin Shauki sebagai teraju utama di samping Mike B yang merupakan pelakon dari negara Thailand. Turut membintangi filem ini adalah Adlin Rahman Ramli, Awie, Johan, Sahrifah Sofea, Nabil, Riezman Khuzaimi, Ozlynn dan ramai lagi.

Elemen komedi menjadi elemen utama bakal membuatkan anda sedikit terhibur serta telatah-telatah pelakon yang akan membuatkan anda ketawa ketika menikmati filem ini.Jangan terlalu berfikir ketika menonton filem ini,sememangnya anda hanya perlu melayan sahaja jalan ceritanya.

Rotikaya Rating: 3/5