fbpx

Dijemput menjadi tetamu Allah serta menyambut Ramadan di Tanah Suci Mekah, ianya rahmat besar buat pelakon Saharul Ridzwan.

Berangkat ke Tanah Suci bagi mengearjakan ibadah Umrah pada Sabtu lalu, Saharul berkata dia tidak sabar untuk menziarahi makam Rasulullah SAW di Madinah.

BACA: Saharul Ridzwan Tak Nak Judge Kesilapan Artis Lain, Dulu Bukan Baik Sangat

“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana. Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah.

“Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” katanya.

Menjalani ibadah umrah bersama isteri sahaja, Saharul berkata ini pertama lagi dia terpaksa berjauhan dengan anak-anak dalam tempoh masa yang lama.

Bagaimanapun, Saharul berkata ia adalah satu proses pembelajaran buat dia dan isteri supaya mereka lebih mudah mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.

“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak. Saya sentiasa sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.

“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama. Apabila dia bersetuju, saya terus tempah slot tarikh untuk mengerjakan ibadah umrah,” katanya.