fbpx

PU Amin Mahu Taja 20 Orang LGBT Ke Mekah

Dengan kelantangan PU Amin bersuara menentang golongan LGBT, beliau mahu mengambil pendekatan yang lebih extrem lagi apabila bakal membawa 20 orang dari golongan ini untuk menunaikan umrah menerusi syarikat umrahnya.

BACA: Caprice Kecam Kenyataan Bodoh PU Amin

“Disebalik kelantangan saya bercakap dan mengecam golongan LGBT ini, saya perlu mengambil tindakan lebih besar untuk memberi pemulihan dan bimbingan kepada golongan ini. Ini sebagai penghargaan bagi menarik golongan LGBT untuk melaksanakan Umrah”

“Mungkin selama ini mereka berat hati untuk ke Tanah Suci Makkah kerana ada pondan atau mak nyah sudah memiliki benda pelik di badan mereka, tapi saya akan cuba mendekati dan membimbing golongan mereka”

Bukan saja golongan LGBT, malah mualaf, gelandangan dan fakir miskin juga boleh menyertainya. Antara syaratnya adalah mereka wajib mengikuti kelas Al-Quran, Akidah dan Fardhu Ain daripada PU Amin.

“Program ini akan diadakan secara berperingkat yang mana bukan saja fokus kepada golongan LGBT, tapi saya akan turut bawa muallaf, gelandangan, fakir miskin dan orang asli. Saya akan cuba bekerjsama dengan beberapa pihak agensi termasuk Lembaga Zakat”

“Jangan malu malu. Jika anda Lesbian, Gay, Pondan, Mak Nyah, Pengkid, DM sahaja saya. Syaratnya mereka wajib ikuti kelas al-Quran, Akidah dan Fardu Ain daripada saya. Kelas agama, kursus dan pakej umrah percuma,” jelasnya.

Murni sungguh hasrat PU Amin dalam berdakwah menentang gologan LGBT. Semoga hasrat PU Amin membawa golongan ini ke tanah suci Mekah dan membimbing mereka mendekati agama dipermudahkan dan berjalan lancar. (rtky/w)