fbpx

Isu Pramugari: Fathia Latiff Enggan Minta Maaf

Setelah sekian lama mendiamkan diri selepas dikecam teruk oleh peminat gara-gara mengkritik seorang pramugari yang enggan membantunya mengangkat bagasi, Fathia Latiff tampil memberikan penjelasan. Bagaimanapun, walau terus diasak peminat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, Fathia menganggap ianya bukan keperluan pada ketika ini.

BACA: Rakan Artis Kesal Tindakan Fathia Latiff

“Saya tidak mengarah, tetapi meminta tolong secara baik. Namun jawapan yang diberi pramugari terbabit mengundang rasa panas dan terkejut di hati saya. Tiba-tiba status itu pantas dipanjangkan hingga menjadi viral. Dalam situasi itu, saya meletakkan diri ini sebagai manusia. Tidak ada maksud nak berlagak diva atau hanya disebabkan saya artis”

“Namun tahap kesabaran saya ketika itu sudah tak mampu dibendung lagi. Saya benar-benar terkejut dengan reaksi pramugari tersebut. Sedangkan mereka tidak tahu apa yang berlaku. Isu ini bukan antara saya dan netizen sampai perlu dibuat permohonan maaf di laman sosial. Saya tak rasa perlu sampai begitu,” jelasnya kepada Berita Harian Plus.

Mengakui sebagai selebriti, tindak tanduknya sentiasa diperhatikan malah dikritik sewenangnya tanpa mengetahui perkara sebenar membuatkan Fathia kebal menangkis semua kecaman yang diberikan. Biarpun rakan selebriti yang pernah bekerja dalam bidang penerbangan turut sama mengkritik tindakannya, Fathia menerimanya dengan hati terbuka. (rkty/w)